fbpx

Jangan tebuk kapal, seorang tebuk kita semua karam – Fuziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH (kanan) bersalam dengan ahli Kongres di dalam Majis Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh menasihatkan ahli parti supaya tidak menjadi perosak dalam sesebuah organisasi seperti menebuk kapal yang memboleh membawa kehancuran terhadap apa yang sudah dibina.

Bekas Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) seharusnya menjadi persaingan adik-beradik, bukan sebagai medan melawan musuh.

Menurutnya, selepas kongres selesai semua anggota parti diminta bertaut kembali, berdamai dan bersatu padu selain bergerak sebagai satu pasukan, bersatu hati dan mengenepikan perbezaan.

“Ini pesanan saya, bawalah politik nilai, setuju tak setuju, tidak mengapa, kita adik beradik, kita bukan melawan musuh.

“Bawalah politik baharu, politik nilai, politik khidmat, politik akhlak dan politik kenegaraan. Bawalah nilai yang baik. Kita boleh berbeza pendapat, boleh ‘agree to disagree’

“Ini parti kita, kita berada dalam kapal yang bawa ke destinasi kita. Jika kita bawa agenda peribadi dan tebuk kapal ini maka semua akan tenggelam, siapa nak tampal?.

“Seorang tebuk lubang, semua karam. Jangan ambik ringan, bukan mudah nak bina kapal dan pastikan ia selamat. Jika karam, bukan yang tebuk lubang sahaja karam, tapi semua akan karam sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perasmian bersama Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR 2025 di Hotel Berjaya Waterfront di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah meminta semua anggota parti supaya tidak leka dan berlengah dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, termasuk PRN Sabah dan Sarawak selain Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI