fbpx

F1: Beberapa litar ikonik berisiko tersisih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR Imola berisiko tersisih daripada kalendar perlumbaan selepas lebih banyak litar baharu wujud. - AFP

IMOLA, Itali – Pemandu McLaren, Oscar Piastri berharap penganjur Formula Satu (F1) mempertahankan litar-litar ikonik dan terus kekal dalam kalendar perlumbaan.

Pelumba McLaren itu menyuarakan kebimbangan selepas Litar Imola yang menjadi tuan rumah Grand Prix (GP) Emilia Romagna minggu lalu berkemungkinan besar akan hilang dari saingan musim depan.

Meskipun penganjur tempatan masih optimis dengan rundingan baharu, namun Ketua Eksekutif F1, Stefano Domenicali memberi bayangan bahawa sukar untuk mengekalkan dua pusingan di Itali memandangkan permintaan tinggi dari negara-negara baharu.

Kemungkinan hanya satu perlumbaan boleh kekal di Itali dan Monza pasti jadi keutamaan pada perlumbaan masa akan datang.

“Imola antara litar kegemaran saya. Mungkin bukan terbaik terbaik untuk aksi pintas memintas di sini, tapi dari segi pengalaman memandu, ia memang luar biasa.

“Kita kena berhati-hati supaya tak hilang terlalu banyak trek bersejarah. Zandvoort akan keluar lepas 2026, Spa-Francorchamps pula masuk sistem giliran. Lepas ni apa pula?” katanya yang kini mendahului carta kejuaraan dunia.

Litar klasik Eropah seperti Hockenheim dan Nurburgring sebelum ini sudah lama diketepikan demi memberi ruang kepada trek-trek moden kebanyakannya trek jalanan di negara baharu.

Piastri turut meluahkan kebimbangan terhadap masa depan beberapa litar tradisional lain yang telah digantikan dengan litar jalanan moden di negara yang tidak mempunyai sejarah perlumbaan kukuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI