fbpx

EPL: Aksi terakhir De Bruyne di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE beraksi buat kali terakhir bersama City di Etihad apabila kontraknya bakal berakhir selepas musim ini berakhir. - AFP

MANCHESTER – Kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth di Stadium Etihad, awal pagi semalam menjadi penutup sempurna buat Kevin De Bruyne yang tidak lagi akan bersama pasukan musim depan.

Penampilan terakhir De Bruyne di Etihad disulami detik emosi dan pengurus pasukan, Pep Guardiola akui sumbangan pemain itu kepada pasukan cukup besar hingga memperoleh pelbagai kejayaan.

“10 tahun adalah tempoh yang lama dan dia melalui banyak perlawanan serta memperoleh pelbagai kejayaan. Ia menjadi hari yang cukup sedih dan De Bruyne pasti akan dirindui semua orang.

“Ini juga menjadi hari yang cukup indah buatnya untuk menyumbang sesuatu bagi memastikan kemenangan penting buat pasukan. Ada pemain yang sukar untuk dicari ganti dan begitu juga dengan De Bruyne.

“Ia bukan berkisar tentang jaringan atau pun berapa banyak bantuan gol dihasilkannya, tetapi cara dia bermain dan membantu pasukan menjadikannya cukup disayangi semua orang dalam kelab ini,” katanya.

Dalam masa sama, Guardiola juga mengancam akan meninggalkan pasukan sekiranya kelab itu tidak mengecilkan pasukan hingga ada pemain sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Saya tidak mahukan skuad besar kerana saya tidak mahu simpan lima atau enam pemain dalam ‘peti sejuk’. Tolong kecilkan pasukan dan jika tidak saya akan lepaskan jawatan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI