fbpx

Datuk antara 3 ditahan kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek termasuk lelaki bergelar Datuk direman kes tuntutan palsu di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan tiga individu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan kepada agensi pasukan keselamatan negara.

Menurut sumber, suspek termasuk seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk dipercayai membuat tuntutan mengandungi matan palsu berjumlah RM48,000 sejak 2020 hingga 2023.

“Suspek utama disyaki membuat tuntutan pembekalan makanan mentah, basah dan kering berjumlah RM48,000 kepada pasukan keselamatan negara yang menjalankan penugasan kawalan di pos barisan hadapan.

“Turut ditahan dua kakitangan syarikat pembekal yang disyaki bersubahat dengan suspek utama dalam menyediakan dan mengemukakan dokumen tuntutan namun dipercayai tiada pembekalan dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu, kesemua suspek ditahan secara berasingan sejak pukul 4 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini.

“Perintah reman selama dua hari sehingga 23 Mei dibenarkan ke atas dua suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu. Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd. Hamzah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI