fbpx

Dakwa jual durian Balik Pulau tapi sebenarnya buah Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian Pulau Pinang akan dipantau menggunakan teknologi Track and Trace mulai 1 Jun ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menggunakan teknologi Track and Trace, sebuah platform pintar hasil kerjasama strategik dengan MIMOS Sdn. Bhd. bagi membolehkan pemantauan menyeluruh terhadap durian keluaran negeri ini.

Menurut Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol, langkah tersebut bertujuan membanteras penipuan dan eksploitasi terhadap durian tempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menjejaskan industri serta pengusaha tempatan.

“Kami menerima aduan daripada pengusaha durian yang menjadi mangsa penipuan berkaitan produk mereka. Sebagai contoh banyak durian dari negeri lain, mereka sebut bahawa durian dari Balik Pulau yang akhirnya menyebabkan pengusaha-pengusaha setempat terpinggir.

“Ada durian dari Thailand juga dijual di tepi jalan dan bila ada penduduk luar negeri atau luar negara datang, mereka cakap ia durian Pulau Pinang sedangkan ia durian Thailand.

“Jadi teknologi Track and Trace ini diharap dapat memberi solusi menyeluruh kepada pengusaha durian tempatan selain memastikan pematuhan terhadap peraturan dan meningkatkan kecekapan operasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pada tahun lalu, jumlah eksport durian Pulau Pinang adalah sebanyak 67,203 kilogram (kg) dan ia mencatatkan penurunan sebanyak 467 kg berbanding hasil 2023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI