fbpx

Bilik mesyuarat IPD Tampin terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kebakaran membabitkan bilik mesyuarat, bangunan BSJN IPD Tampin dalam kejadian pukul 7.15 malam tadi. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Bilik mesyuarat, bangunan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di Kampung Baru Tampin, di sini, musnah terbakar dalam kejadian pukul 7.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kebakaran membabitkan tingkat empat bangunan dan berjaya dikawal oleh pihak bomba pada pukul 8.10 malam.

“Pejabat yang musnah adalah bilik mesyuarat dan kemusnahan dianggarkan 100 peratus dan tiada sebarang kemalangan jiwa. Ketika kejadian tiada anggota bertugas di pejabat tersebut.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak bomba,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Zon Port Dickson, Penolong Kanan Pengusaha Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin dan Kota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI