PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakyat Vietnam atas pemergian bekas Presidennya, Tuan Yang Terutama Tran Duc Luong.
Anwar dalam satu hantaran berkata, beliau turut berduka-cita atas pemergian pemimpin tersebut.
“Beliau berkhidmat dalam tempoh yang menentukan sejarah Vietnam, membantu menegakkan semangat pembaharuan Doi Moi dengan keazaman yang tenang.
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya sebagai Presiden, beliau memainkan peranan yang mantap dalam membimbing negara melalui perubahan, memastikan kemajuan dipadankan dengan kestabilan dan hala tuju yang jelas,” katanya di sini hari ini.
Katanya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Vietnam. – KOSMO! ONLINE