fbpx

AMK perlu keluar daripada stigma negatif – Adam Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM ketika ditemui pada Rapat AMK Malaysia 2025 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu keluar daripada stigma negatif segelintir masyarakat iaitu mereka hanyalah sekumpulan ‘pembuat masalah’, sebaliknya menjadi pemimpin masa depan.

Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim berkata, definisi seorang pemimpin muda pada masa kini bukanlah hanya dengan berani membuat aksi, tetapi turut menyumbang idea kepada pembangunan negara.

“Kita mahu lari daripada imej yang sering orang kaitkan dengan pergerakan sayap pemuda sebuah parti politik. Dia tidak terhad hanya kepada aksi tetapi juga kepada pemikiran dan apa yang ditawarkan sebagai pemimpin.

“Pemimpin harus tidak hanya berani tetapi juga mampu mencerna idea dan memberikan solusi kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rapat AMK Malaysia 2025 di Hotel Berjaya Waterfront di sini hari ini.

Adam Adli yang juga merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut memberitahu, program Rapat AMK itu bertujuan meneruskan tradisi dialog cepat dan pertembungan idea antara kepimpinan muda parti.

Pada pemilihan sempena Kongres Nasional PKR kali ini, seramai 72 calon daripada pelbagai cabang bertanding bagi menjawat jawatan pusat.

Setiausaha Agung PKR, Senator Dr. Fuziah Salleh dilaporkan berkata, seramai lebih 9,000 perwakilan daripada 222 Cabang seluruh negara bakal menyertai kongres selama tiga hari tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI