fbpx

Aiman Tak Kesah waras ketika lafaz cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Aiman memfailkan kes pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Siti Suriani Wahiddin di Mahkamah Rendah Syariah. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

PETALING JAYA – Peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idros yang mewakili pempengaruh Khairul Aiman Abdul Kudus memaklumkan anak guamnya ‘bersih’ dan waras ketika melafazkan cerai terhadap isterinya, Siti Suriani Wahiddin.

Beliau berkata, justeru itu kes tersebut dianggap biasa kerana tiada unsur ketidakwarasan atau dadah atas tindakan Khairul Aiman, 22, atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

“Dia ‘bersih’ dan waras ketika melafazkan cerai berkenaan.

“Namun, cuma ketika itu berlaku ketegangan antara suami isteri dan ia perkara biasa,” katanya.

Terdahulu, pasangan tersebut mengejutkan orang ramai apabila Khairul Aiman melafazkan cerai terhadap isterinya yang sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Khairul Aiman melafazkan cerai kepada Siti Suriani, 26, sebanyak tiga kali sebelum siaran itu dihentikan secara mengejut.

Pada 6 Mei lalu, mereka pernah bercerai dan hadir ke mahkamah sama namun memutuskan kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI