PETALING JAYA – Pempengaruh, Khairul Aiman Abdul Kudus melafazkan talak sebanyak empat kali terhadap isterinya, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall.
Peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idros yang mewakili Khairul Aiman berkata, lafaz cerai itu berlaku secara berulang, justeru pihaknya menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada lafaz itu jatuh atau sebaliknya.
“Ini adalah hari ketujuh daripada tarikh lafaz itu dan undang undang menetapkan bahawa si suami perlu mendaftarkan kes pengesahan cerai dalam tempoh seminggu.
“Mahkamah telah menerima pendaftaran itu dan menetapkan 21 Julai bagi sebutan pertama kes ini,” katanya.