fbpx

Ahli, perwakilan PKR diseru perkukuh semangat perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan menegaskan PKR adalah parti untuk semua rakyat Malaysia.

PETALING JAYA – Ahli dan perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diseru agar memperkukuh semangat perpaduan dan kesetiaan demi kelangsungan perjuangan parti yang berteraskan reformasi dan keadilan untuk semua.

Timbalan Ketua Penerangan PKR 1, Datuk R. Ramanan berkata, kekuatan sebenar PKR bukan hanya terletak pada tokoh pimpinan, tetapi berpaksikan kesetiaan akar umbi yang sentiasa mendukung parti dalam apa jua keadaan.

“Fokus utama saya adalah untuk membawa suara rakyat dan akar umbi kepada arus pimpinan perdana.

“Saya bertekad membawa suara Malaysia Madani yang menekankan perpaduan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramanan yang turut bertanding bagi jawatan Naib Presiden turut menekankan bahawa PKR adalah rumah besar untuk semua rakyat Malaysia di mana kesetiaan, idealisme dan semangat kebersamaan menjadi teras kekuatan.

“Parti kita, rumah kita. PKR adalah parti untuk semua rakyat Malaysia.

“Di dalam rumah ini, perpaduan adalah tiangnya, dan kesetiaan akar umbi adalah nadinya. Tanpa akar umbi, parti hilang rohnya,” tegasnya.

Sementara itu, Ramanan menyatakan bahawa beliau menawarkan diri atas dasar tanggungjawab dan kesetiaan terhadap perjuangan parti berkenaan.

“Kesetiaan saya kepada parti tidak bersyarat. Saya percaya dengan perpaduan, kesetiaan dan semangat akar umbi, kita akan bangkit lebih kuat dan menjadi kekuatan utama dalam kerajaan perpaduan.

“Selepas pemilihan ini , kita perlu bersatu padu dibawah satu bumbung untuk memperkasakan dan memperkukuhkan lagi jentera parti ini dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI