fbpx

9 peniaga Pakistan jual karpet ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peniaga bergerak warga asing yang ditahan di Miri kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

MIRI – Seramai 10 warga asing termasuk sembilan Pakistan yang menjalankan kegiatan ‘mobile trader’ ditahan dalam Ops Pintu kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berkata, kesemua lelaki itu ditahan dalam operasi yang dijalankan bersama Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di beberapa rumah sewa tidak bernombor di Pujut, Lutong dan Bekenu.

“Mereka dipercayai menjalankan aktiviti ‘mobile trader’ dengan menawarkan perkhidmatan menjual barangan seperti karpet dan sebagainya kepada penduduk.

“Kami menerima banyak rungutan daripada masyarakat setempat berhubung aktiviti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mereka yang melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bekenu, Miri untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI