fbpx

50,000 orang terperangkap dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara disiarkan hari ini kawasan ditenggelami banjir dekat bandar Taree di NSW. – AFP

SYDNEY – Hujan lebat terus melanda timur Australia hari ini, menyebabkan limpahan air sungai-sungai menjadi semakin buruk dengan banyak jalan raya tenggelam dan hampir 50,000 penduduk terperangkap.

Polis menemui mayat seorang lelaki berusia 63 tahun di dalam sebuah rumah yang ditenggelami  banjir di  kawasan pedalaman, Moto, kira-kira 400 kilometer  ke  timur laut Sydney.

Ramai penduduk memanjat ke atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri  daripada air yang semakin naik ketika pihak berkuasa menghantar helikopter, bot serta dron dalam misi mencari dan menyelamat besar-besaran.

Taburan hujan menyamai tempoh lebih empat bulan melanda dalam masa hanya dua hari di beberapa kawasan di negeri New South Wales(NSW).

“Kami bersedia untuk lebih banyak berita buruk dalam tempoh  24 jam akan datang. Banjir kali ini  sangat buruk,” kata Ketua Menteri NSW, Chris Minns kepada wartawan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Bandar Kempsey, Kinnie Ring berkata, air naik dengan mendadak  di kawasannya. 

Kempsey merupakan pusat pertanian yang terletak di tebing Sungai Macleay.

Ring berkata,  lebih 20,000 orang terkandas di bandar itu  sahaja dengan ramai penduduk tiada akses kepada ubat-ubatan atau bekalan asas lain.

Menurut Minss pula, hampir 50,000 orang terperangkap akibat banjir di kawasan pesisir dikenali sebagai  Mid North Coast di mana sungai-sungai mengalir ke kawasan pedalaman yang subur.

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan hilang. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI