fbpx

3 beranak sesak nafas pangsapuri terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pemadaman rumah pangsapuri tingkat 16 di Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Tiga sekeluarga berdepan detik cemas selepas unit kediaman mereka di tingkat 16 Putra One Residences, Persiaran Bukit Rahman Putra 1 di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang bapa dan dua anaknya mengalami sesak nafas, namun berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.36 pagi.

“Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3.7 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, api didapati sedang marak dan memusnahkan 80 peratus unit pangsapuri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI