fbpx

[VIDEO] 19 individu termasuk remaja ditahan gaduh guna parang, rotan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan senjata di Taman Mutiara Emas, Skudai, Johor Bahru Sabtu lalu.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 19 individu termasuk seorang remaja ditahan kerana dipercayai terlibat dalam satu kejadian rusuhan di sebuah restoran di Taman Mutiara Emas, Skudai di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kesemua lelaki tempatan yang ditahan itu berusia antara 13 hingga 46 tahun.

“Pada Sabtu lalu, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun memaklumkan ketika dia bersama tiga rakan lelaki berada di sebuah restoran, mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dan rotan.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan 19 suspek bermula pukul 5 petang hari sama sehingga pukul 4 pagi keesokannya di sekitar bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, siasatan awal dibuat mendapati pergaduhan itu melibatkan perasaan dendam antara dua kumpulan berbeza.

“Enam daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian urin dibuat mendapati kesemuanya negatif dadah. Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengganggu gugat ketenteraman awam serta keselamatan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI