fbpx

Tak diva! Lady Gaga selamba makan di medan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENERUSI rakaman peminat, Ladu Gaga Lady Gaga dirakam dilihat makan-makan di sebuah medan selera di Singapura.

PENYANYI terkenal Lady Gaga menuai pujian ramai apabila dilihat menikmati makanan lokal di sebuah medan selera di Singapura sempena konsert jelajahnya di negara itu.

Video Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 39, sedang makanan bersama beberapa orang daripada pasukannya di Medan Selera Maxwell kini tular dalam media sosial.

Tampil berpakaian serba hitam, Gaga tidak kekok untuk duduk lepak di medan selera tersebut biarpun dia merupakan antara penyanyi paling popular di dunia.

Pelantun lagu Bad Romance itu juga dilihat mesra melayan peminat yang meminta tanda tangannya sebelum beredar dari situ.

“Lady Gaga sangat baik hati untuk melayan peminat dan bergambar bersama mereka biarpun dia merupakan seorang superstar. Kalau artis lain, mereka tak akan sanggup untuk melayan peminat ketika sedang makan,” komen netizen.

“Gembira melihat Lady Gaga memilih untuk makan di gerai biasa berbanding restoran lima bintang. Dia ingin merasai sendiri pengalaman menikmati makanan lokal,” komen seorang lagi netizen.

Ini bukan kali pertama Medan Selera Maxwell dikunjungi oleh artis terkenal antarabangsa. Sebelum ini Drew Berrymoore dan Dua Lipa juga pernah makan di situ.

Lady Gaga berada di Singapura selama seminggu sempena konsert jelajah Asianya yang berlangsung selama empat hari di Stadium Nasional Singapura bermula 18 Mei hingga 24 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI