KEPETAHAN Muhamad Syazlan Putra Sazli dalam melontarkan buah fikirannya sering kali membuatkan pendengar terpaku dan terinspirasi. Tutur katanya yang lantang, tersusun dan penuh keyakinan membuatkan dia kelihatan begitu matang seolah-olah seorang pemimpin negara yang sedang berucap di pentas besar walaupun hakikatnya dia cumalah remaja berusia 17 tahun yang berbicara di depan rakan-rakan di perhimpunan sekolah. Lantaran itu, ucapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, Pulau Pinang itu sering meraih ratusan ribu tontonan setelah dimuat naik ke akaun TikTok ustazahnya,……