fbpx

Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Ibrahim berkenan berangkat ke pameran LIMA'25 di MIEC, Langkawi hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

LANGKAWI – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Baginda tiba di MIEC kira-kira pukul 10.15 pagi tadi dan berkenan melawat beberapa reruai dan pavilion pameran selama kira-kira setengah jam.

Sultan Ibrahim disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar.

Turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke ruang pampamer Sapura Secured Tehnologies (SST) bersama Velum Labs yang mempersembahkan inovasi terkini berasaskan kecerdasan buatan (AI)

Ia merupakan inovasi keselamatan dan pertahanan terbaharu yang menggabungkan teknologi AI dan keupayaan ‘edge computing’.

Baginda turut berkenan berangkat ke reruai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seterusnya melihat aset pertahanan di reruai MKE dan Kementerian Pertahanan Turkiye. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI