HANOI – Masalah sistem penyaman udara dalam sebuah kereta api bawah tanah di Vietnam menyebabkan sebahagian penumpang terpaksa menggunakan payung di dalam gerabak, lapor laman berita VNExpress semalam.
Keadaan itu berlaku disebabkan air bocor dari penyaman udara ketika kereta api tersebut berada di antara stesen Cat Linh ke Ha Dong.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang (waktu tempatan) semalam, sebahagian penumpang terkejut melihat air menitis berterusan dari siling.
Ada yang membuka payung, manakala yang lain berpindah ke tempat duduk berbeza.
Syarikat Hanoi Metro Co., Ltd. kemudian mengeluarkan kenyataan dengan menjelaskan bahawa punca kebocoran adalah kerosakan pada sistem kawalan penyaman udara.
“Insiden kebocoran air yang jarang berlaku pada sistem penyaman udara ini menyebabkan ketidakselesaan dan kebimbangan kebersihan terhadap penumpang sebuah gerabak.
“Ia amat dikesali dan kami memohon maaf kepada penumpang,” kata syarikat itu. – AGENSI