fbpx

Pengusaha kantin sekolah maut tersedak makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai sedang memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang tersedak makanan di sebuah sekolah rendah di Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengusaha kantin sebuah sekolah rendah di daerah ini, meninggal dunia dipercayai akibat tersedak makanan sewaktu bersarapan di kantin sekolah itu hari ini.

Mangsa, Mohd. Abdullah, 70, yang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kemasik, di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 10.30 pagi.

Difahamkan, lelaki warga emas tersebut tersedak makanan ketika sedang menikmati sarapan pada pukul 9.50 pagi.

Ahli keluarga mangsa yang menyedari insiden tersebut bergegas menghubungi pasukan perubatan untuk bantuan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kijal berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai sejarah penyakit asma dan tekanan darah tinggi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI