fbpx

Pemilihan PKR cerminan kematangan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam Pemilihan PKR tahun ini.

PETALING JAYA – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun ini bukan sahaja menjadi medan memilih kepimpinan baharu, tetapi cerminan kepada kematangan politik, kekuatan akar umbi dan kesatuan yang menjadi tunjang parti tersebut.

Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pemilihan kali ini merupakan manifestasi kekuatan parti dan semangat perpaduan dalam kalangan anggota parti.

“Parti kita keluarga kita. Sebagai sebuah parti yang berteraskan pelbagai kaum dan agama, PKR sudah dan telah melalui dan merentasi pelbagai cabaran dan halangan dari dalam dan luar parti. Pemilihan Parti bukanlah satu proses yang baru untuk kita semua.

“PKR adalah parti reformasi yang sentiasa meraikan perbezaan pandangan. Namun, yang paling penting, kita kekal bersatu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang turut bertanding sebagai Naib Presiden berkata, semua anggota dan calon diseru agar menjadikan proses pemilihan tersebut sebagai medan memperkukuhkan dan memperkasakan parti bagi mengharungi cabaran Pilihan Raya Negeri, Pilihan Raya Umum dan sekali gus meraikan proses demokrasi.

“Pemilihan ini bukan sekadar soal jawatan. Ia adalah tentang hala tuju masa depan PKR.

“Kita harus pastikan suara rakyat terus menjadi nadi perjuangan parti. Segala-galanya bermula dari suara akar umbi. Suara mereka adalah nadi utama kekuatan parti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI