fbpx

Pelajar sekolah maut langgar lori buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditutup kain putih di lokasi kejadian.

KLANG – Perjalanan pulang seorang remaja lelaki daripada kursus memandu motosikal berakhir tragedi apabila mangsa maut melanggar lori simen yang ingin membuat pusingan U di Batu 12, Jalan Kapar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 petang, mangsa berusia 17 tahun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori dari arah kapar hendak membuat pusingan U di lokasi kejadian, namun di lokasi itu hanya membenarkan kenderaan ringan berbuat demikian.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kanan lori itu.

“Pelanggaran ini menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat,” katanya hari ini.

Katanya, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa baharu balik daripada kursus memandu motosikal di daerah ini dan sedang menghala ke Jeram.

Ujarnya, hasil siasatan turut mendapati mangsa mempunyai lesen L bagi motosikal.

“Hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori itu negatif dadah dan telah diberikan jaminan polis selepas keterangan diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI