fbpx

Pam utama LRA Sungai Johor rosak, 100,000 akaun terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAM utama LRA Sungai Johor mengalami kerosakan dijangka akan menjejaskan 100,000 akaun di sekitar Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kira-kira 100,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air akibat kerosakan luar jangka pada pam-pam utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerosakan itu menyebabkan operasi LRA Sungai Johor terpaksa dihentikan sepenuhnya pada petang semalam.

Beliau berkata, gangguan itu mengakibatkan agihan air kira-kira 318 juta liter sehari (MLD) terhenti dan tidak dapat disalurkan kepada pengguna di beberapa kawasan.

“Sebagai langkah segera, pengolahan semula sumber air sedia ada telah dilaksanakan dan berjaya menyelamatkan kira-kira 11,000 akaun pengguna daripada terjejas. Akaun-akaun ini dijangka akan terus menerima bekalan air seperti biasa menjelang pukul 7 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Fazli berkata, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan setakat ini sudah mencapai 15 peratus kemajuan.

Katanya, sebanyak 16 lori tangki air berkapasiti 9 meter padu (m³) dan 40m³ telah digerakkan ke lokasi-lokasi kritikal seperti hospital, pusat kesihatan dan kawasan tumpuan awam buat sementara waktu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI