fbpx

Lima anggota sindiket along bogelkan pelanggan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu berjaya menumpaskan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan penahanan lima anggotanya dalam Op Venture hari ini.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 16 hingga 39 tahun tersebut ditahan selepas mereka disyaki mengasari seorang pelanggannya di Bukit Khor, Marang semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, siasatan awal mendapati sindiket pemberi wang tanpa lesen tersebut mula beroperasi pada dua bulan lalu.

“Kami menerima aduan seorang lelaki mendakwa ditahan sebelum dibogelkan sebelum dipukul selepas dimasukkan ke dalam kereta sebelum ditinggalkan dalam kawasan semak di Bukit Khor, Marang semalam.

“Pada mulanya, mangsa berusia 24 tahun mendakwa menghubungi salah seorang suspek untuk meminjam wang katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, mangsa juga mendakwa barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, dompet dan MyKad.

Sehubungan itu, beliau berkata, Op Venture dilancarkan yang membawa kepada penahanan kesemua suspek.

“Serbuan juga berjaya merampas lima telefon bimbit dan dua kerera Proton Saga serta turut menjumpai semula pakaian milik mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI