fbpx

Liga Europa: Spurs mahu akhiri kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS memerlukan trofi Liga Europa untuk menamatkan kemarau 17 tahun tanpa gelaran selain menyelamatkan musim mereka yang buruk kali ini. - AFP

LONDON – Di sebalik kempen penuh hambar yang diharungi sepanjang musim 2024/25, Tottenham Hotspur sekurang-kurangnya mahu menghadiahkan kegembiraan buat penyokong pasukan itu dengan menjulang trofi Liga Europa.

Spurs dijadualkan menentang satu lagi pasukan bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, iaitu Manchester United pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium San Mames, Bilbao, Sepanyol awal pagi esok.

Hanya kemenangan mampu menyelamatkan musim hambar kedua-dua pasukan finalis itu memandangkan pemenangan akan diberikan slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou yang teruk dikritik sepanjang saingan musim ini berharap dapat menghadiahkan kejuaraan Liga Europa kepada peminat pasukan itu kerana ia mampu memberikan impak cukup besar kepada mereka.

“Kami terpaksa berdepan banyak masalah sepanjang saingan musim ini, termasuk pada pusingan awal Liga Europa apabila perlu menurunkan barisan pemain muda. Bagaimanapun, kami berjaya hadapinya dengan tenang.

“Masalah kecederaan yang dialami juga memberi kami masalah dalam pemilihan pemain, tetapi ia langsung tidak mengganggu fokus pasukan. Ia memberi kami kepercayaan bahawa kami mampu melakukannya (menjadi juara),” katanya.

Spurs pastinya terdesak untuk menjulang trofi tersebut bagi menamatkan kemarau selama 17 tahun selepas kali terakhir merangkul piala ketika menewaskan Chelsea 2-1 dalam aksi final Piala Liga Inggeris (EFL) pada 2008.

Selain itu, ia juga dijangka mampu menyelamatkan masa depan Postecoglou bersama Spurs selepas beliau beberapa kali disebut-sebut bakal dipecat susulan prestasi hambar dalam Liga Perdana.

Pengendali dari Australia itu percaya kemenangan di perlawanan akhir Liga Europa mampu memberikan kepercayaan baharu buat peminat-peminat Spurs selepas sekian lama bergelut di pentas Eropah.

“Pengurus, pemain datang dan pergi tetapi peminat akan terus kekal di sini. Anda bayangkan impak kepada kehidupan mereka sekiranya kami menjadi juara, jadi kami tidak boleh mensia-siakan harapan mereka,” ujar Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI