fbpx

Liga Europa: Amorim tahu cara menang final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED terdesak untuk memenangi trofi Liga Europa untuk sekurang-kurangnya menyelamatkan musim buruk yang dilalui mereka ketika ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim memberi bayangan bahawa beliau sudah memahami dan memiliki perancangan untuk menjerat Tottenham Hotspur pada aksi final Liga Europa di San Mames, Bilbao awal pagi esok.

Selepas tiga kekalahan dialami United berdepan Spurs musim ini termasuk aksi Piala Liga Inggeris, Amorim mengakui semakin memahami corak permainan skuad kendalian Ange Postecoglou itu dan mengesan kelemahan mereka.

Di bawah kendalian Postecoglou, Spurs dilihat menjadi sebuah pasukan yang memiliki orientasi menyerang dan mengutamakan jaringan, namun dalam masa sama mereka merisikokan gawang untuk dibocori.

Musim ini menyaksikan Spurs berjaya meledak 63 gol, namun dalam masa sama gawang mereka bolos sebanyak 61 kali menyebabkan Amorim percaya United memiliki kelebihan untuk menewaskan mereka di pentas final nanti.

“Saya fikir mereka adalah pasukan yang memiliki intensiti yang tinggi. Spurs mempunyai identiti yang kuat dan bermain dengan cara yang sama. Mereka banyak menjaringkan gol, tetapi bolos juga banyak kerana mereka sentiasa ingin dapatkan jaringan,” katanya.

Dalam pada itu, Amorim juga bertegas yang beliau tidak pernah berasa takut untuk membuat keputusan sukar sekiranya ia adalah demi kebaikan pasukan.

Pengurus berusia 40 tahun itu sudah terbukti sanggup bersikap ‘kejam’ untuk menyelamatkan pasukan termasuk mengugurkan nama Marcus Rashford yang dibenarkan ke Aston Villa secara pinjaman selepas penyerang itu didakwa tidak mengikut perancangannya.

“Kami perlu lakukannya, namun kami juga perlu berikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil. Saya boleh menjadi kawan, namun saya juga boleh menjadi individu berbeza ketika bekerja,” katanya.

Sejak mula ambil alih pasukan pada November 2024, Amorim bergelut untuk mendapatkan keputusan baik dalam saingan domestik, namun sebaliknya pula pada penampilan di Liga Europa.

“Memenangi Liga Europa masih belum cukup untuk penyokong kami kerana mereka sudah berikan segala-galanya buat pasukan. Terima kasih kerana lakukan apa saja buat pasukan sepanjang musim ini,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI