fbpx

Kutip sampah sebelum temu duga, terus dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu mengutip sampah sebelum sesi temu duga. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian orang ramai apabila diterima bekerja di sebuah syarikat di Indonesia hanya kerana dia mengutip sampah yang berselerak, lapor portal berita Merdeka semalam. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram memaparkan wanita itu mengutip sampah bertaburan di atas lantai sebelum memasuki sebuah bilik untuk sesi temu duga. 

Dia bagaimanapun diterima bekerja sebelum sesi temu duga berlangsung dan diminta untuk pulang ke rumah oleh majikannya. 

“Tidak perlu (sesi temu duga). Anda boleh pulang kerana sudah lulus. Esok datang kerja,” kata majikannya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 16.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Perkara yang kecil menyebabkan rezeki melimpah,” kata seorang netizen. 

“Ciri-ciri pekerja yang rajin dan beradab,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI