fbpx

Jumlah bantuan dibenarkan Israel tidak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori menunggu untuk memasuki Gaza semalam. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Jumlah bantuan yang telah mula dibenarkan masuk ke Gaza sangat tidak mencukupi dan dilihat sebagai sekadar helah untuk Israel berpura-pura bahawa sekatan telah berakhir, demikian menurut pertubuhan amal Medecins Sans Frontieres (MSF).

Israel kini berada di bawah tekanan antarabangsa meningkat yang menggesa ia menamatkan kempen ketenteraan yang dipergiatkan di Gaza serta membenarkan bantuan masuk ke wilayah itu.

Agensi-agensi kemanusiaan mengatakan bahawa sekatan menyeluruh telah mencetuskan kekurangan makanan dan ubat yang kritikal.

“Keputusan Israel untuk hanya membenarkan jumlah bantuan yang sangat tidak mencukupi ke Gaza selepas beberapa bulan kepungan menyeluruh, menandakan niat jahat mereka untuk mengelak daripada tuduhan menyebabkan penduduk Gaza kebuluran,” kata Penyelaras Kecemasan MSF, Pascale Coissard dari Khan Yunis.

“Kebenaran semasa yang diberikan adalah cuma 100 bantuan untuk sehari. Ketika keadaan begitu teruk, ia amat tidak mencukupi.

“Dalam masa sama, arahan pemindahan terus dilakukan, manakala tentera Israel masih melancarkan serangan tanpa henti ke atas kemudahan perubatan,” tambahnya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengumumkan bahawa ia telah dibenarkan untuk menghantar bantuan buat kali pertama sejak Israel mengenakan sekatan menyeluruh pada 2 Mac lalu.

Israel berkata, 93 lori telah memasuki Gaza semalam tetapi PBB berkata, kesemua bantuan ditahan pihak berkuasa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI