Empat hari lalu, insiden menyayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh sebuah perumahan di Putrajaya. Pelbagai andaian dan dakwaan berlegar dengan ada yang mengatakan kanak-kanak tersebut telah memanjat sofa diletakkan di koridor bangunan tersebut sebelum terjatuh. Bagaimanapun, polis masih menyiasat kemungkinan tersebut kerana terdapat percanggahan berikutan laporan menunjukkan kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat tujuh, manakala sofa berkenaan berada di tingkat lapan. Perit rasanya menerima berita itu, namun walau apa pun, kita mengharapkan keadilan……