fbpx

Hafidz Roshdi jual baju dalam TikTok, ramai nak beli!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Hafidz Roshdi mengundang perhatian ramai apabila menjadi ‘live host’ dengan mempromosikan sebuah jenama pakaian lelaki dalam TikTok semalam.

Dalam sesi siaran langsung tersebut, Hafidz atau nama lengkap Muhammad Hafidz Roshdi, 33, dilihat tidak kekok menjual kurta lelaki jenama lokal.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen memuji kesungguhan Hafidz mencari rezeki untuk keluarganya ketika ini.

“Kami sokong Hafidz. Benda yang negatif kita buang dan buka buku baru.

“Perlahan-lahan bangkit semula Hafidz. Semoga ada rezeki untuk anak-anak.

“Semua orang layak untuk mendapat peluang kedua,” komen netizen.

Sebelum ini, nama Hafidz kerap menjadi mangsa kecaman selepas terpalit kes dakwaan memukul bekas isteri sekitar 2023.

Bukan hanya kes pukul, Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk isu nafkah anak yang dikatakan tidak berjalan secara baik.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 9, dan Umarr, 5 tahun.

Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Atira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI