fbpx

EPL: United perlukan 10 pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mengharungi musim paling buruk dalam sejarah EPL dan memerlukan rombakan besar bagi menghadapi musim depan. - AFP

LONDON – Legenda Manchester United, Ryan Giggs percaya pasukan itu perlu mendapatkan sembilan atau 10 pemain baharu dan menganggap ketibaan Liam Delap serta Matheus Cunha pada jendela perpindahan musim panas ini sebagai satu permulaan yang sangat positif.

Skuad United ketika ini tidak menepati corak permainan serta formasi kegemaran Amorim dengan kelemahan di bahagian serangan menjadi punca pasukan itu antara yang paling kurang menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Giggs turut sependapat dengan penyokong bahawa kelab itu memerlukan sehingga 10 pemain baharu dalam jangka masa panjang, namun beliau menekankan bahawa bahagian serangan menjadi keutamaan kerana ia paling membimbangkan ketika ini.

“Ia akan memberikan peningkatan, pastinya. Mereka berdua (Delap dan Cunha) mempunyai pengalaman di EPL yang merupakan kelebihan besar. Persembahan domestik United tidak cukup bagus dan kedua-dua mereka pula terbukti sudah melakukannya, menjaringkan gol,” ujar Giggs.

Melihat kepada prestasi hambar United dalam Liga Perdana musim ini, bekas pemain berasal Wales berpendapat bahawa langkah mencari pemain dari liga yang sama adalah wajar untuk jendela perpindahan musim panas.

“United memerlukan sembilan atau 10 pemain baharu, tetapi ia tidak mungkin diperoleh dalam satu jendela perpindahan. Sangat kelakar apabila United hanya memiliki seorang penyerang tulen ketika ini kerana ketika zaman saya, kami memiliki tiga atau empat pemain di posisi berkenaan.

“Bukan tiga atau empat, tetapi tiga atau empat penyerang yang berkualiti. Apabila anda berdepan masalah kecederaan, ia tidak menyebabkan prestasi pasukan menjadi teruk,” jelasnya.

United menghadapi musim Liga Perdana yang mengecewakan dengan kedudukan di tangga ke-16 dan hanya mengumpul 39 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI