fbpx

Enam penagih ditahan menerusi operasi bersepadu APMM, AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai enam individu dipercayai penagih dadah ditahan APMM dan AADK di perairan Pangkor di Lumut semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Seramai enam individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan sekitar Pangkor di sini semalam dipercayai terlibat dengan penagihan dadah.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kesemua mereka ditahan menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan pihaknya bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.

Beliau berkata, operasi yang melibatkan dua buah bot APMM itu dijalankan secara berkala sebagai usaha membanteras penagihan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di perairan negeri ini.

“Operasi ini melibatkan 10 anggota APMM dan 11 pegawai AADK. Ia dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan berterusan sejak awal tahun ini.

“Operasi tersebut berjaya menahan enam individu tempatan yang disyaki terlibat dalam penagihan dadah. Mereka terdiri daripada enam warga tempatan berusia antara 30 hingga 60 tahun,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Shukri berkata, kesemua suspek telah diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut.

“Operasi bersepadu ini juga memberi peluang kepada kedua-dua agensi untuk memahami serta mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan tugas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI