TANJUNG MALIM – Dua warga emas lelaki berumur 73 tahun maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Saga dan sebuah Toyota Hilux di Jalan Kampung, Kuala Slim, Slim River di sini pada pukul 8.19 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kenderaan Proton Saga tersebut telah bertembung dengan Toyota Hilux itu yang menyebabkan dua warga emas itu maut.
“Pemandu dan penumpang meninggal dunia dilokasi kejadian sementara seorang lelaki berumur 30 tahun yang merupakan pemandu Toyota Hilux dan empat lelaki warga negara Sri Lanka yang tidak dapat dipastikan umurnya mengalami kecederaan ringan.
“Polis menggunakan peralatan khas mengeluarkan semua mangsa. Mangsa yang maut diserahkan pada polis untuk tindakan selanjutnya sementara yang cedera dihantar ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut dengan ambulans,” katanya.
Punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE