fbpx

Catatan 10.01s bakar semangat Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM melakukan catatan 10.01 di Kejohanan Trek dan Padang Universiti Appalachian, namun ia tidak disahkan ekoran bantuan angin.

WALAUPUN tidak diiktiraf sebagai rekod rasmi, catatan masa 10.01 saat (s) yang dilakar Muhammad Azeem Fahmi di Amerika Syarikat tetap menjadi tonik pembakar semangat buat bintang pecut negara itu.

Catatan menakjubkan itu dicatat Azeem di Kejohanan Trek dan Padang Universiti Appalachian di Carolina Utara baru-baru ini, namun tidak dikira sah kerana bantuan angin melebihi had (+4.7).

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia, Robert Ballard mengakui pencapaian itu membuktikan Azeem kini berada pada prestasi terbaik menjelang kejohanan penting musim ini.

“Azeem berlari dengan sangat cemerlang. Walaupun masa itu tak diiktiraf, ia tetap satu pencapaian yang menunjukkan dia mampu pergi lebih jauh.

“Dia akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai ini. Kami percaya dia boleh pecahkan rekod kebangsaan dan kumpul mata bonus ke Kejohanan Dunia di Tokyo,” kata Ballard kepada Kosmo!.

Menariknya, pada kejohanan tersebut Azeem yang mencatat 10.09s (angin +3.7), menewaskan dua pelari tuan rumah, Deonte Hardy (10.41s) dan Armonte Ferguson (10.43s).

Menurut Ballard lagi, Azeem yang kini berusia 21 tahun menunjukkan peningkatan drastik di bawah bimbingan jurulatih dari Zimbabwe, Ken Harnden dan kini memasuki fasa kemuncak menjelang Grand Final NCAA.

“Semua kerja kerasnya dalam latihan membuahkan hasil. Azeem kini lebih mantap dari segi fizikal dan mental. Catatan 10.01s itu juga beri kelebihan untuk naikkan ranking dunia,” ujarnya.

Untuk rekod, Azeem masih memegang rekod kebangsaan 100m menerusi catatan 10.09s yang dicipta di Kejohanan Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI