fbpx

Cat Supermarket catat MBOR kembiri 202 kucing dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEW (tiga dari kiri) dan Dr. Juliyana (empat dari kanan) pada program penyerahan sijil pengiktirafan MBOR sambil disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee di pasar raya Cat Supermarket di Paya Rumput, Melaka. -FOTO oleh ARIF HAMIZAN MISKON

MELAKA – Peruncit produk kucing terbesar di Malaysia, Cat Supermarket menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya mengembiri sebanyak 202 kucing jantan dalam tempoh 24 jam secara percuma.

Program tanggungjawab sosial korpoart (CSR) itu dijayakan dengan kolaborasi bersama jenama makanan haiwan antarabangsa, Brit Malaysia dan pasukan veterinar dari CS Vet Medical Centre.

Pengarah Urusan Cat Supermarket, Datuk Chew Chert Fong berkata, inisiatif CSR itu dilaksanakan bagi membantu mengawal populasi kucing terbiar serta mengurangkan bebanan kewangan dipikul pusat perlindungan haiwan.

“Ini merupakan langkah penting yang seharusnya dilakukan bagi mengurangkan jumlah kucing terbiar seperti yang sering kita lihat di kedai-kedai makan dan jalanan.

“Inisiatif ini juga demi mengurangkan beban penyelamat kucing dan pusat perlindungan haiwan untuk menanggung kos kembiri serta memudahkan proses pengambilan kucing ini sebagai haiwan peliharaan oleh keluarga angkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima sijil pengiktirafan MBOR di Cat Supermarket di Jalan IKS Paya Rumput 1, di sini, semalam.

Tambahnya, menerusi program CSR itu, nilai keseluruhan penjimatan yang dimanfaatkan kepada pemilik kucing adalah sekitar RM40,400.

Sementara itu Dr. Juliyana Abu Sari yang mengetuai pasukan veterinar berkata, proses tersebut dilakukan secara berperingkat selepas ujian saringan kesihatan kucing dilakukan sejak dua minggu lalu.

“Selepas saringan, hari ini (semalam) sebanyak 202 kucing telah dikembiri dalam tempoh 24 jam oleh lima doktor veterinar dan tujuh pembantu prosedur.

“Dalam program ini 60 ekor kucing adalah dari tiga pusat perlindungan haiwan selebihnya adalah kucing jalanan yang diselamatkan dan haiwan peliharaan individu,” katanya.

Ujarnya, pihaknya sentiasa menyambut baik usaha mengembiri susulan populasi kucing terbiar dan jumlah haiwan yang ditempatkan di pusat perlindungan haiwan dilaporkan mengalami peningkatan yang membimbangkan sejak pendemik Covid-19.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI