fbpx

Ahli perniagaan ditinggalkan di Tumpat lepas 5 jam diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular memaparkan sebuah kereta membawa ahli perniagaan yang dipercayai diculik di Palekbang, Tumpat semalam.

TUMPAT – Seorang ahli perniagaan ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat selepas diculik selama hampir lima jam oleh sekumpulan empat individu menggunakan sebuah kereta dari Palekbang di sini semalam.

Menurut sumber, mangsa yang ditinggalkan di kawasan itu ditemukan dengan mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa tidak dapat mengecam suspek yang terlibat kerana kedua-dua belah matanya ditutup.

“Kesemua suspek bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Suzuki Swift selepas meninggalkan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut berkaitan kes tersebut sedang dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan gambar seorang lelaki diculik dengan sebuah kereta jenis Suzuki Swift.

Menerusi gambar itu, kelihatan kaki mangsa terjulur keluar dari pintu belakang kereta tersebut di satu kawasan di Palekbang di sini.

Orang ramai yang menularkan gambar itu memohon untuk membantu mengesan kereta tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI