fbpx

Aaron-Wooi Yik tidak cukup rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik masih segar dengan kejayaan menjulang kejuaraan di Terbuka Thailand sekali gus memberikan harapan besar buat penyokong tempatan di Malaysia Masters.

MASA singkat untuk berehat selepas beraksi di Terbuka Thailand langsung tidak menjadi penghalang buat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik daripada turun menjalani latihan menjelang Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Meskipun baru sahaja memenangi Terbuka Thailand di Bangkok hujung minggu lalu, namun Aaron-Wooi Yik yang baru tiba di tanah air kelmarin tidak menunggu lama untuk melakukan persiapan bagi menghadapi perlawanan pertama bermula hari ini.

Wooi Yik berkata, dia dan Aaron hadir menjalani latihan bersama rakan sepasukan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang selain merasai sendiri pergerakan angin dalam stadium tersebut.

“Kami datang ke sini untuk rasa sendiri bagaimana keadaan angin dan gelanggang. Harapan kami adalah untuk pamerkan aksi terbaik Rabu nanti.

“Bermain secara berturut-turut bukan sesuatu yang mudah, tetapi sudah tentu saya dan Aaron nak belajar sesuatu, terutamanya daripada jurulatih serta persekitaran baharu ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi uji gelanggang di Axiata Arena kelmarin.

Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian untuk memenangi kejohanan Jelajah Dunia Super 500 selepas memenangi Terbuka Thailand menewaskan beregu Denmark, Christian Kjaer-William Kryger Boe 20-22, 21-17, 21-12.

Berbekalkan status sebagai juara Terbuka Thailand, peminat tempatan pastinya mengharapkan bekas juara dunia itu untuk meneruskan rentak cemerlang dengan merangkul gelaran Malaysia Masters pula.

Sementara itu, Aaron mendedahkan mereka tidak mendapat rehat yang cukup sebelum datang menjalani sesi uji gelanggang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI