fbpx

4 pegawai ‘counter setting’, 25 warga asing ditahan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEPANG – Seramai 25 warga asing ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ketika cuba meninggalkan negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, di antara Januari hingga April tahun ini.

AKPS dalam kenyataan berkata, empat pegawai turut disiasat kerana didakwa bersubahat membantu warga asing melepasi pemeriksaan imigresen dalam tempoh yang sama.

“Individu warga Vietnam, Kemboja, India, dan Indonesia itu ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dan pengesahan masuk mereka disyaki telah diperoleh tanpa prosedur yang sah.

“Penahanan tersebut adalah hasil daripada pemeriksaan berkala dan pemantauan berterusan oleh AKPS KLIA sepanjang tempoh tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, katanya, empat pegawai yang disiasat disyaki terlibat dalam aktiviti ‘counter setting’ dengan melepaskan individu tertentu tanpa melalui prosedur yang sah.

Katanya, AKPS memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau individu yang terlibat dalam sebarang salah laku atau perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit.

“AKPS akan terus mempergiatkan usaha pemantauan serta memperkemas mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pintu masuk negara tidak disalah guna oleh mana-mana pihak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI