fbpx

[VIDEO] ‘Minyak macam dari zaman Kesultanan Melayu Melaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat pekerja warga Pakistan yang mencuri perhatian ramai apabila dilihat menyediakan kebab yang 'unik'.

PETALING JAYA – Aksi seorang pekerja warga Pakistan dipercayai di luar negara menarik perhatian netizen apabila cara penyediaan kebab yang ‘unik’ dengan menggunakan minyak yang sudah berubah warna.

Menerusi hantaran di akaun @Drshs1999, video seorang lelaki menyediakan kebab, malah memasak secara santai tanpa menggunakan sebarang peralatan dapur.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ialah keadaan minyak masak yang digunakan, yang kelihatan sangat hitam dan pekat hingga ada yang berseloroh menyangka ia adalah minyak petrol.

Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi mencuit hati daripada pengguna media sosial yang terhibur dengan situasi berkenaan.

“Minyak tu nampak macam pernah berkhidmat dari zaman Kesultanan Melaka,” seloroh pengguna @mistashaquemusic.

“Minyak tahun bila tu dia pakai, atau dia guna minyak diesel?” ujar @nurhafizh_photography.

“Ternyata minyak dari zaman Paleolitik,” kata @fatiha93nur, berseloroh.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 1.2 juta kali. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Syed Hassan Shah (@drshs1999)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI