fbpx

Tanah runtuh, ratusan kenderaan terkandas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh yang menghalang laluan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, Gua Musang, hari ini. Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Ratusan kenderaan terkandas sehingga berlaku kesesakan sehingga dua kilometer berikutan kejadian cerun runtuh yang menghalang kedua-dua laluan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira pukul 7.30 malam tadi yang memaklumkan tebing tanah runtuh dan menghalang lalu lintas dekat Gua Sejuk.

Katanya, kejadian itu dipercayai akibat hujan berterusan sejak petang tadi dan menyebabkan tebing tanah runtuh menutupi laluan sehingga kenderaan dari kedua-dua hala terkandas.

“Anggota polis sedang mengawal lalu lintas dan pihak Jabatan Kerja Raya sudah memaklumkan kepada pihak Projek Lingkaran Tengan Utama untuk melakukan kerja pembersihan. Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, hujan masih turun dan pihak polis tidak dapat menjangkakan tempoh laluan tersebut dapat dibuka kepada kenderaan.

“Ia bergantung kepada seberapa cepat bantuan sampai untuk kerja-kerja pembersihan. Tiada jalan alternatif boleh dilalui dan pengguna jalan raya dan semua pihak perlu bersabar sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI