fbpx
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim kurnia 100 ekor lembu untuk ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Baginda turut berkenan melafazkan niat korban, yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh di Istana Negara hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibada korban itu bagi pihak Seri Paduka Baginda.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Dalam pada itu, turut dikongsikan bacaan doa yang dipimpin Munir dalam majlis ringkas tersebut.

“Semoga ibadah ini diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” doanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI