fbpx

Shabrina Leanor juara Indonesia Idol ke-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabrina Leanor berjaya menundukkan Fajar Noor apabila menjuarai Indonesia Idol sekali gus layak membawa pulang hadiah wang tunai 150 juta rupiah (RM39,300)

SELEPAS berbulan berentap, bagai dijangka program realiti Indonesia Idol musim ke-13 mengangkat Shabrina Leanor sebagai juara episod Result & Reunion, semalam.

Shabrina atau nama lengkapnya Shabrina Leonita, 25, membawa pulang wang tunai sebanyak 150 juta rupiah (RM39,300)  dan sebuah kereta serta pakej percutian.

Wanita asal Bangka Belitung yang sentiasa meraih perhatian menerusi vokal dan persembahannya menyampaikan dua lagu, Bawalah Cintaku berduet bersama Afgan dan Karena Kusanggup lagu asal Agnez Mo.

Semasa mempersembahkan lagu solonya, juri tetap iaitu Maia Estianty berdiri di atas meja dan kemudian berlari memeluk Shabrina sebelum menghabiskan nyanyiannya kerana terlalu mengagumi persembahan wanita itu.

Gelaran naib juara sekali gus diberikan kepada Fajar Noor yang menyampaikan lagu Lenggang Puspita (duet bersama Afgan) dan Hampa.

Pemilik nama lengkap Fajar Nurdiansyah, 20, itu membawa pulang wang tunai sebanyak 50 juta rupiah (RM13 juta) dan sebuah kereta serta pakej percutian.

Pemenang turut dipilih berdasarkan undian selama dua minggu daripada peminat selepas menempuhi pelbagai ujian setiap minggu yang diadili juri tetap seperti Judika, Anang, Maia Estianty, Bunga Citra Lestari.

Pada Grand Final yang berlangsung di Studio RCTI+, Jakarta Barat, Indonesia, kumpulan Lomba Sihir mempersembahkan lagu Memori Kita dan Ribuan Memori yang sangat memukau.

Majlis yang dikemudikan Daniel Mananta dan Boy William itu diserikan dengan nyanyian Bunga Citra Lestari yang membawakan lagu Selalu Ada Di Nadimu.

Malah, kehadiran kesemua peserta Indonesia Idol ke-13 dan alumni Indonesia Idol turut memeriahkan malam Result & Reunion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI