fbpx

‘Pilihan masing-masing, saya suka lelaki kemas, pakai sut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella mendedahkan lelaki berpakaian kemas antara ciri lelaki idamannya.

PETALING JAYA – Gandingan mesra antara Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus mencuri tumpuan netizen apabila pelakon dan penyanyi itu secara terbuka mendedahkan cita rasa lelaki idamannya.

Menerusi siaran langsung dalam TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, penampilan lelaki berpakaian kemas dan bersut sentiasa menjadi tarikan utama di matanya.

“Saya memang suka orang yang berpakaian kemas macam pakai sut.

“Saya tak suka orang berpakaian hipster. Tapi itu tak salah, pilihan masing-masing.

“Lelaki pakai sut nampak berkarisma dan matang,” katanya sambil tersenyum memandang Syed Saddiq yang berada di sebelahnya.

Reaksi spontan Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, mencuri perhatian ramai apabila dia terus mengakui selesa mengenakan pakaian kemas sebagai gaya peribadinya.

Kenyataan tersebut tersebut pantas menjadi perbualan netizen terutamanya peminat mereka berdua yang mahu melihat Bella dan Syed Saddiq benar-benar bercinta dan berakhir di pelaminan.

“YB sebenarnya suka je Bella cakap macam tu. Tengok reaksi dia! Tolonglah betul-betul bercinta. Serasi sangat dah ni,” komen peminat.

“Kami peminat dah restu ni, tunggu masa umum rasmi je, moga segalanya berakhir di atas pelamin,” tulis pengguna TikTok.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI