fbpx

Pesara JPJ jadi jutawan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah menerima replika cek daripada Mohd. Ruzaini pada Majlis Penyampaian Replika Cek Jutawan BSN SSP ke-111, di Taman Seremban Jaya, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini bergelar jutawan segera apabila memenangi wang tunai RM1 juta menerusi program Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

Azizah Kamarudin, 65, dari Kuala Pilah itu menjadi individu ke-111 yang menerima ganjaran tersebut sejak menabung dalam BSN SSP, 35 tahun lalu.

Katanya, dengan tabungan serendah RM10, dia mula menyimpan dalam BSN SSP setelah diajak rakannya.

“Sebenarnya bohonglah kalau kata tak harap nak menang, tapi tak adalah saya jangka dapat menang RM1 juta. Saya pun simpan sedikit demi sedikit sahaja bukan setiap bulan.

“Malah, dalam simpanan BSN SSP ini juga saya simpan RM500 hasil ganjaran selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ketika berkhidmat dahulu,” katanya pada Majlis Penyampaian Replika Cek Jutawan BSN SSP ke-111, di Taman Seremban Jaya, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengurusan Deposit Negeri, BSN Negeri Sembilan, Mohd. Ruzaini Mohd. Sani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI