fbpx

Panglima Tentera Udara terbangkan sendiri Sukhoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD Asghar Khan (depan) dan Norazan melambai tangan ke arah penonton selepas menerbangkan Su-30MKM dikenali dengan nama Toruk Makto di MIEC, Langkawi, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

LANGKAWI – Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM sebagai pembuka tirai pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Mohd. Asghar Khan dengan ‘call sign’ (tanda panggilan) Gunjiz menerbangkan pesawat dikenali sebagai Toruk Makto yang menampilkan rekaan corak ikonik Jalur Gemilang.

Turut bersama PTU ialah Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kolonel Mohd Norazan Othman dengan ‘call sign’ Sting.

Pertunjukan udara itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Dalam penerbangan selama 12 minit tersebut, pesawat mempersembahkan 11 aksi aerobatik yang cukup mendebarkan pengunjung.

Antara yang menarik perhatian adalah apabila pesawat yang dikemudi PTU itu melakukan aksi pusingan L sejurus selepas pelepasan.

Terdapat juga aksi Toruk Action yang mana aksi itu dilakukan dalam filem aksi Top Gun: Maverick dan pertama kali dilakukan di Malaysia.

Pasukan lain yang turut terlibat dalam pertunjukkan udara sepanjang LIMA’25 adalah Russian Knight dari Tentera Udara Russia, Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU), Pesawat GB 1 dari Akademi Penerbangan Layang-layang, Extra 300L dari Aerotree Dences and Services. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI