JAKARTA – Penduduk di Jember, wilayah Jawa Timur digemparkan dengan kejadian seram sebuah keranda yang terletak di tanah perkuburan bergerak sendiri secara tiba-tiba, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Dusun Krajan Desa dekat daerah Jenggawah baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @renkjenewa memaparkan keranda berwarna hijau itu bergerak sendiri pada waktu tengah malam.
Situasi bertambah seram apabila keranda itu terangkat dan jatuh beberapa kali, seolah-olah ada ‘makhluk halus’ sedang mengamuk.
Seorang penduduk setempat dikenali sebagai Muhammad Rahman berkata, orang ramai ketakutan dan enggan menggunakan laluan di hadapan tanah perkuburan selepas menonton video tular itu.
“Warga setempat muli resah kerana jalan di kawasan perkuburan agak gelap pada waktu malam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Jenggawah, AKP Eko Basuki Teguh tampil menasihati orang ramai untuk tidak percaya dengan perkara yang karut marut. – AGENSI