fbpx

Nenek, cucu rentung dalam kebakaran rumah di Menggatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran rumah di Kampung Pulau Penampang, Menggatal pagi tadi. -Foto FB Borneo

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas bersama cucunya ditemui rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pulau Penampang, Manggatal, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi, mangsa Ruslia@Gisis Guntamas, 80, ditemui berada berhampiran cucu perempuannya Joeynita Abdul Alip, 14 tahun.

Difahamkan, semasa kejadian rumah berkenaan dihuni enam sekeluarga, bagaimanapun empat ahli keluarga sempat menyelamatkan diri, manakala dua lagi terperangkap.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Muhammad Taqiuddin Victor Doon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.22 pagi.

Susulan itu katanya, 27 anggota dan pegawai termasuk pasukan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal di Lorong Gusin 3, yang terbakar hampir 90 peratus.

“Sebaik api dipadamkan, anggota telah menemui mangsa pertama (wanita warga emas) kira-kira pukul 7.13 pagi sebelum cucunya dikeluarkan 20 minit kemudian. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI