fbpx

Nelayan hilang bot dilanggar vesel ditemui maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui di sekitar perairan Hydro Kapar, Klang, hari ini.

KLANG – Kehilangan seorang nelayan yang bot dinaikinya dirempuh sebuah vesel ketika menangkap ikan, Sabtu lalu terungkai apabila mayat ditemukan di sekitar perairan Hydro Kapar di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Allahyarham Zamri Mohd. Harun, 56, dijumpai dalam keadaan terapung oleh sekumpulan nelayan, kira-kira pukul 8.35 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) ditamatkan pihaknya susulan penemuan mayat mangsa berkenaan.

Jelasnya, lelaki itu dijumpai terapung pada jarak 4.6 batu nautika dari perairan Hydro Kapar.

“Mayat itu ditemukan kumpulan nelayan yang turut membantu operasi pencarian sejak semalam.  Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Nelayan Sementa pukul 10.05 pagi dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan malang menimpa tiga nelayan tempatan apabila bot dinaiki mereka dirempuh sebuah vesel ketika menangkap ikan di perairan berdekatan Pulau Klang di sini, Sabtu lalu. Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu menyebabkan seorang daripada mangsa dilaporkan hilang, manakala dua lagi terselamat.

Mangsa yang hilang itu adalah Zamri, manakala nelayan terselamat iaitu Suzamri Mohd. Sabri, 56, dan Yazid Harun, 52. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI