fbpx

Maut kemalangan selepas larikan kereta majikan, curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Thailand maut selepas motosikal curi yang dia tunggang terlibat kemalangan di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau di Sungai Petani pada petang semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu kedai makan warga Thailand maut selepas motosikal curi yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia lingkungan 20-an meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kira-kira setengah jam sebelum kemalangan, lelaki terbabit didakwa melarikan sebuah kereta Perodua Kancil milik majikannya di sebuah kedai makan di Bedong, di sini.

“Namun sebaik tiba di Ambangan Heights, kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Viva menyebabkan kenderaan itu mengalami kerosakan enjin dan tidak boleh bergerak.

“Semasa di lokasi kemalangan, pembantu kedai itu bertindak melarikan sebuah motosikal jenis Honda Wave milik seorang lelaki yang berhenti untuk membantunya menuju ke arah Bukit Selambau,” katanya di sini hari ini.

Katanya, lelaki itu bernasib malang apabila sekali lagi terlibat kemalangan iaitu dengan sebuah lori selepas melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer.

Tambahnya, semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Kita menerima dua laporan kejadian melarikan kenderaan oleh majikan dan seorang lelaki lewat petang semalam. Hasil siasatan awal kita mengesahkan mangsa yang maut terlibat dalam dua kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI