fbpx

Malaysia Masters: DinFei mula misi buru gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI meyakinkan dipamerkan Sze Fei-Izzuddin ketika menewaskan Adam-Rossi di pusingan pertama Malaysia Masters hari ini. - ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters dengan langkah kanan apabila meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pasangan No.2 dunia itu mudah menewaskan Eloi Adam-Leo Rossi dari Perancis 21-16, 21-13 dalam tempoh 31 minit.

Izzuddin berkata, dia dan Sze Fei hanya mahu menikmati permainan selain mengakui menjadi juara kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu merupakan impian mereka berdua.

“Kami hanya mahu menikmati perlawanan sahaja sebab di sini (Malaysia Masters) memang salah satu impian kami untuk menang di hadapan penyokong sendiri,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Menjelang pusingan kedua Khamis ini, pilihan kedua kejohanan itu dijadualkan bertemu beregu Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh yang menewaskan A. Hariharan-R. Ruban Kumar dari India 21-13, 21-18.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah satu lagi beregu profesional, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong serta dua gandingan kebangsaan, Choong Hon Jian-Haikal Nazri dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Hang Yee-Eng Cheong membenam beregu Taiwan, Chiang Chien Wei-Wu Hsuan Yi 21-14, 21-16 manakala Hon Jian-Haikal menewaskan pilihan kelapan dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 21-18.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun menang 21-15, 23-21 ke atas gandingan India, K.R. Pruthvi-Sai Pratheek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI